Pandangan Siradjudin Abbas Wahabi

Rencana ini memerlukan petikan dan rujukan tambahan untuk pengesahan. Sila bantu memperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam.
Cari sumber: "Wahabi" – berita · akhbar · buku · sarjana · JSTOR (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini)

Siradjudin Abbas menulis susur galur fahaman Wahabi dalam buku '40 Masalah Ugama' . Beliau adalah kiyai, abuya , ulama besar di Indonesia. Konsep-konsep Moden Fahaman Wahabi yang dibawa oleh Muhammad 'Abdul wahab adalah seperti berikut :

  1. Dalam mempelajari ilmu Usuluddin (Tauhid) harus menganut fahaman Ibnu Taimiyah.
  2. Di dalam Fiqh diharuskan menampal-nampal Mazhab (Talfiq).
  3. Mengambil sumber al Quran dan Hadis yang kuat sahaja tanpa ijma ulama dan qias. Ijma' ulama' dan qias diambil sekiranya ianya berdalilkan al Quran dan hadis.
  4. Melarang keras umat Islam berdoa dengan Tawassul (Perantaraan) orang yang telah mati. Tawassul yang dibenarkan ialah sebagaimana terdapat dalam al Quran dan hadis (yakni dengan asma' al husna, amal soleh dan doa orang yang soleh).
  5. Melarang menziarahi kubur, walaupun maqam Nabi. Ulama Wahabi membenarkan orang yang pergi ke Masjid Nabi di Madinah dengan niat menziarahi Masjid, bukan menziarahi maqam.
  6. Menghancurkan tugu-tugu peringatan / monumen kerana hal ini semuanya boleh mendorong orang ke arah musyrik. Bangunan besar yang dibangunkan di atas tempat Nabi di Suq al Leil telah lama diruntuhkan. Tugu-tugu sememangnya tidak dibenarkan dalam Islam bukan pihak wahabi yang mulakan
  7. Melarang membaca-baca Qasidah yang memuji-muji Nabi seperti Qasidah, Berzanji, Burdah, Kenduri-Kendara,Tahlil dan sebagainya kerana sebahagian qasidah-qasidah ini mempunyai kesalahan atau memuji secara melampau (ghuluw).[perlu rujukan]
  8. Melarangkan umat Islam merayakan dan memperingati Maulidur Rasul, Israk Mikraj dan semua perayaan hari kebesaran Islam yang lain,[perlu rujukan] kecuali Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha kerana hadis nabi jelas menyatakan hanya ada dua hari raya bagi orang Islam.
  9. Melarang belajar tentang "Sifat dua puluh", "Kifayatul Awam", "Sanusi", "Juaharatut Tauhid", "Husun Hamadiyah" dan lain-lain yang serupa itu kerana tidak ada dalil al Quran atau hadis secara terus.
  10. Fahaman Asy'ari, iaitu fahaman kaum Ahli Sunah Waljamaah hendaklah dibuang jauh-jauh. PERINGATAN: Terdapat fahaman lain juga yang diterima di dalam Ahli Sunah Waljamaah. Bukan hanya Asy'ari sahaja.
  11. Tidak boleh membaca kitab "Dalailul Khairat", "Burdah" dan lain-lain wirid-wirid yang memuji-muji Nabi s.a.w secara melampaui batas.[perlu rujukan]
  12. Tidak boleh melagukan lafaz Quran, umpamanya dengan lagu Fuqara, Masri dan lain-lain. Quran harus dibaca lurus saja.[perlu rujukan]
  13. Azan tidak boleh berlagu.
  14. Membaca zikir "La illa ha illallah" beramai-ramai dilarang sama sekali.
  15. Imam tidak membaca "Bismillah" secara jahr nyata dalam Solat. [perlu rujukan]
  16. Amal-amal Tariqat, umpamanya Tariqat Naqsyabandi, Tariqat Qadiri, Tariqat Sazali, Tariqat Saman dan lain-lain yang tidak bersumberkan al Quran atau hadith dilarang keras.
  17. Wirid, berdoa secara beramai-ramai selepas solat berjemaah dilarang keras. Ini kerana mereka berpendapat adalah lebih utama berwirid secara individu. [5]

Rujukan

WikiPedia: Wahabi //scholar.google.com/scholar?q=%22Wahabi%22 //www.google.com/search?&q=%22Wahabi%22+site:news.... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Wahab... //www.google.com/search?q=%22Wahabi%22&tbm=nws //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Wahabi%22+-... http://www.islam-qa.com/en/ref/10523 http://www.wahhabis.com/ http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday... http://www.iiu.edu.my/deed/hadith/muslim/004c_smt.... http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2...